Monday, December 26, 2011

Cara Mudah Tambah Trafik Blog dengan Blog Walking

Salah satu cara termudah untuk tambah trafik blog ialah dengan blog walking. Cara dia senang jer, pergi ke blog orang lain..tak kisahlah anda kenal ke tidak, yang berkaitan dengan blog anda atau tidak dan yang lebih bagus lagi kalau blog tu famous dan mempunyai trafik yang tinggi. Tapi secara asasnya tak kisahlah apa apa blog pun boleh kalau anda nak tinggalkan komen.

Tulislah komen di blog yang anda singgah tu tapi jangan lupa untuk tinggalkan nama pena anda dan juga URL blog anda. Kalau tidak agak sia sia jer sebab tiada link untuk menarik trafik ke blog anda. Contoh seperti gambar dibawah :

Contoh Comment Box

Tinggalkan komen komen yang bernas anda kemudian pilih name/URL dan isikan nama dan URL blog anda. Mudah jer kan...

Ok...satu lagi dengan tinggalkan komen di shoutbox yang biasanya terdapat disemua blog blogspot. Caranya lebih kurang sama juga seperti diatas..tulis komen kemudian isikan nama dan juga URL anda di ruangan disediakan. Contoh seperti dibawah :

Contoh Shoutbox
 Tulislah apa apa yang anda suka berkaitan dengan blog itu. Tentu tuan blog tu rasa seronok dan akan klik juga link ke blog anda.Mungkin juga pelawat pelawat blog tersebut juga akan klik atau tersesat ke blog anda. Jadi sudah tentu trafik ke blog anda akan bertambah dan menaikkan ranking page anda di search engine.



Monday, December 19, 2011

Menjana pendapatan dengan Churp Churp


Salah satu cara menjana pendapatan melalui blog anda ialah dengan menyertai program Churp Churp. Ia merupakan satu program PPC yang boleh anda sertai dengan menerima bayaran melalui setiap klik di link yang anda promosikan. Apa yang perlu anda lakukan ialah promosi link yang diberikan dilaman laman sosial yang anda sertai seperti di facebook, twitter, YM dan yang lain lain.


Untuk mendaftar Churp Churp anda boleh >> klik disini <<

Saturday, May 22, 2010

Membuat teks yang bergerak (Marquee)

Untuk membuat teks atau imej yang bergerak , anda cuma tambahkan kod seperti dibawah.

Anda akan dapati teks anda akan bergerak seperti teks dibawah.

TEXT ANDA

Untuk membuat teks yang memantul pula anda boleh gunakan kod seperti dibawah.
Ia akan memantul kekiri dan kanan seperti teks dibawah.

TEXT ANDA

Selamat mencuba.



Friday, May 21, 2010

Menambah ikon diblog anda


Ikon merupakan sebuah gambar dengan ukuran yang relatif kecil dengan extension ". png "dan". ico ". Dengan ikon anda boleh menghiasi blog supaya nampak lebih menarik. Banyak halaman diinternet yang memberikan ikon percuma, apa yang perlu anda buat hanyalah men-download dan memasangkannya pada blog anda.
Anda boleh dapatkan ikon yang menarik di http://www.iconarchive.com/, kerana di halaman ini terdapat berbagai ikon mengikut beberapa kategori. Carilah ikon yang sesuai dengan keperluan anda.

Selamat mencuba.





Thursday, May 20, 2010

Menghasilkan pendapatan dari laman web anda.

1. Menyewakan ruang iklan di laman web anda. Anda boleh meletakkan banner atau iklan baris. Terdapat banyak syarikat pengiklanan yang boleh anda sertai untuk memaparkan iklan iklan mereka dan anda akan dibayar mengikut syarat yang diberikan oleh mereka.

2.
Menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri. Ia harus berkaitan dengan audiens sasaran anda. Sediakan cara paling mudah untuk pelanggan dapat membeli produk anda dan proses penghantaran produk yang segera.

3.
Menjual produk orang lain dengan menyertai program affiliate. Terdapat banyak program affiliate diinternet yang boleh anda sertai secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah promosikan produk mereka. Mereka akan memberikan link untuk mengesan semua jualan anda. Anda akan dibayar per penjualan, klik atau sign-up.

Program Affiliate Klikjer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails